Oleh: YU KIN LEN |
Rabu, 15 JUNE 2011 10:19 |
Terdapat pelbagai jenis pilihan barangan di pasaran pada masa ini. Sebagai contoh, untuk membeli minuman kopi, terdapat beribu-ribu jenis jenama kopi yang berlainan. Dengan jenama yang sama pula, terdapat pelbagai jenis perisa seperti kopi ‘O’, Latte, Mocha dan lain-lain.
Dengan begitu banyak pilihan yang sedia ada, adakah pengguna dapat memilih jenis yang sesuai untuk mereka? Pengguna mempunyai hak untuk mendapatkan maklumat. Pada setiap tin minuman kopi yang anda hendak membeli, terdapat maklumat seperti tarikh luput, nama dan alamat pengilang serta kandungan zat yang terdapat di dalam kopi tersebut.
Tetapi, berapa ramai pengguna yang akan memberikan perhatian kepada nombor-nombor yang biasanya kecil yang tertera di belakang bungkusan minuman atau makanan?

Maklumat kandungan zat dapat membantu untuk membuat pilihan makanan yang lebih sihat. Jika anda merasakan bahawa kalori dalam semua jenis kopi adalah lebih kurang sama, mungkin anda perlu berfikir semula. Contohnya kopi berperisa original mempunyai lebih kurang 42% lebih banyak kalori berbanding dengan kopi ‘O’ yang sama jenama, manakala kopi Mocha yang sama jenama juga mempunyai 57% lebih banyak kalori daripada kopi ‘O’.
Maklumat ini tidak memberi makna jika pengguna tidak membacanya. Sistem lampu isyarat (traffic light) ialah satu sistem yang lebih mudah difahami, iaitu pengguna hanya perlu melihat warna yang tertera pada bungkusan. Warna merah mewakili kandungan yang tinggi, warna kuning ialah sederhana dan warna hijau ialah kandungan yang rendah. Nutrien-nutrien biasanya tidak baik untuk kesihatan jika diambil secara berlebihan seperti lemak, gula dan garam, boleh dilabelkan dengan sistem lampu isyarat ini untuk membolehkan pengguna untuk memilih pilihan yang lebih sihat dengan lebih mudah. Bagi mereka yang tidak pandai membaca label, sistem ini juga dapat memudahkan mereka dalam membuat pilihan. Warna yang terang dapat menarik perhatian pengguna dan membolehkan mereka buat pilihan yang sesuai dengan mereka.
Menurut kajian National Health and Morbidity Survey 2006, terdapat 29.1% rakyat Malaysia dewasa yang mempunyak berat badan yang berlebihan dan 14.0% adalah obes. Jika dibandingkan 10 tahun yang lalu, jumlah golongan yang mempunyai berat badan yang berlebihan ialah 16.6% dan obes adalah 4.4%. Ini menunjukkan peningkatan yang ketara bahawa rakyat Malaysia semakin gemuk.
Bagi kanak-kanak di bawah umur 18 tahun, 5.4% mengalami berat badan berlebihan. Malaysia ialah negara yang ke-enam di Asia yang mempunyai kadar obesiti yang tinggi dalam kalangan orang dewasa. Berat badan yang berlebihan dan obesiti akan mendorong penyakit tidak berjangkit seperti diabetis dan tekanan darah tinggi. 43% rakyat Malaysia yang berumur 30 ke atas adalah penghidap penyakit tekanan darah tinggi, yang bilangannya telah meningkat 10% semenjak 10 tahun dahulu. Penyakit tidak berjangkit ini ialah penyakit yang dapat dielakkan. Keadaan yang semakin serius ini perlu ditangani dengan segera. Ini dapat mengurangkan kos ubat-ubatan yang semakin mahal serta mewujudkan Malaysia sebuah negara yang rakyatnya sihat.
Salah satu faktor yang menyebabkan masalah obesiti atau berat badan berlebihan ialah amalan pemakanan. Selain mengamalkan cara hidup yang aktif, pengambilan makanan yang baik juga dapat membentuk tubuh yang sihat. Sistem lampu isyarat dapat membantu pengguna untuk membuat pilihan yang lebih sihat dalam membuat pilihan pengambilan makanan, terutamanya makanan proses yang menjadi makanan utama pada zaman moden ini.

Yu Kin Len
Pusat Penyelidikan dan Sumber Pengguna (CRRC)

0 ulasan:
Catat Ulasan